Header
 
  • Selamat Datang Ke Laman Web IADA Pulau Pinang - PENERAJU PENGELUARAN PADI PULAU PINANG
 

Industri Padi

 

AMALAN TEKNOLOGI TANAMAN PADI 
Kini jentera jentera moden telah digunakan didalam penanaman padi dan tenaga manusia juga telah berkurangan disebabkan banyak tenaga manusia telah beralih ke sektor perindustrian. Petani juga perlu mengikut manual tanaman padi bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi.

Membadai sawah Mengapor sawah Menanam anak padi
 Membadai sawah  Mengapor sawah  Menanam anak padi

 

Benih padi

Benih Padi

   

Untuk melaksanakan tanaman padi dengan amalan pengurusan disawah dengan baik sila ke Kaedah pengunaan manual tanaman padi.

Penggunaan biji benih yang berkualiti merupakan satu langkah penting dalam pakej penanaman padi kerana ia dapat menjamin pengeluaran hasil yang tinggi dan mengurangkan padi angin. Disyorkan menggunakan biji benih berkualiti bagi mengatasi atau mengurangkan padi angin. Pengunaan benih padi yang baik dan sah juga adalah satu keutamaan. Terdapat beberapa pengeluar yang menghasilkan benih-benih padi yang sah di negara ini.. sila ke pengunaan benih padi sah.
Padi angin ialah rumpai yang merbahaya kerana sukar dikesan kerana menyerupai padi sebenar. Menurut MARDI, padi angin adalah kacukan antara padi moden dan padi liar. Kajian daripada MARDI, mengenalpasti bahawa padi angin lebih menyerupai padi moden, walaupun ada sejenis padi angin yang menyerupai padi liar. Ini bermakna benih biji padi angin yang relai sebelum atau semasa menuai dibiarkan tumbuh dan dituai sebagai padi biasa.

Di sawah-sawah, pemangsa adalah organisma kawalan biologi yang penting kerana ianya banyak membantu memusnahkan parasit/ mangsa perosak tanaman padi seperti labah-labah, kumbang kura-kura dan kutu air. Pemangsa-pemangsa ini banyak membantu disawah dengan memakan bena hujau, kupu-kupu, belalang, lelompat bena dan lalat. Parasit pula adalah seperti Penyengat dan lalat. Parasit-parasit ini adalah pengorek batang putih dan kuning pokok-pokok padi. Patagon adalah kulat, virus dan bakteria, ianya adalah spesis yang menjangkiti dan membunuh 90-95% populasi bena perang. Virus terpenting ialah virus polihedrosis nekleus dan granulolis, ianya membiak dan menyerang seranga bena, lelompat daun, pengorek batang, pelipat daun, kutu padi dan kutu hitam. Larva-larva yang dijangkiti virus akan menyebabkan ianya lemah dan tidak mahu makan.

Untuk menghasil pengeluaran yang maksimum, IADA sedang melaksanakan plot demo projek tanaman padi untuk musim 1/2011 dan 2/2011. Ini adalah untuk:-

Padi angin

Padi angin

   

Bena perang

Bena perang

                                                                                                                 

 

 

Muka Surat 1 | 2 | 3

Info Terkini

IADA Pulau Pinang akan membangunkan infrastruktur jelapang padi yang baru di daerah Seb.Perai Tengah iaitu kawasan M5 dan M6 pada tahun 2015.

 

 

 

Jumlah Pelawat
66
390
1233
2102
6752
6329
470533
Hakcipta Terpelihara © 2015 Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai Dipapar Menggunakan IE Versi 9.0, Mozilla Firefox Versi 3.0, Google Chrome Versi 9.0 & Ke Atas Dengan Resolusi  & 1024X768

Kemaskini Terakhir : Rabu, 7 Julai 2021
Ezyweb Content Management System 

FacebookRSS Feed
Jalan Jelawat, Seberang Jaya,
13700 Perai, Pulau Pinang.
Tel : 04-3907801
Fax no : 04-3907803