Header
 
  • Selamat Datang Ke Laman Web IADA Pulau Pinang - PENERAJU PENGELUARAN PADI PULAU PINANG
 

Benih padi yang sah

 

Benih padi sah adalah kategori benih padi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian.Ia dibiakkan daripada benih daftar mengikut syarat dan prosedur yang ditetapkan dan telah mendapat perakuan pematuhan piawaian mutu yang ditentukan dari aspek genetik, ketulinan jenis, fizikal, tahap percambahan dan peratus kelembapan. Benih daftar merupakan benih padi yang dibiakkan daripada benih asas yang diperolehi daripada MARDI. Benih padi sah ini hanya dikeluarkan oeh pengeluar-pengeluar yang dilantik oleh kerajaan. Dari sudut nilai penanaman, benih padi sah merupakan kategori benih yang tidak tercemar dengan bahan asing seperti rumpai, padi angin serta tidak dijangkiti oleh penyakit yang merbahaya. Ia mempunya potensi tinggi untuk tumbuh dengan baik apabila di tanam. Petani petani adalah di syor mengunakan benih padi yang sah dari segi mutu kawalan dan pengesahan kualiti :-  

Pengurusan benih padi diperingkat ladang.

  1. Dapat memastikan pembesaran tanaman yang seragam.
     
  2. Dapat mengelak pencemaran benih rumpai berbahaya dan benih padi angin yang boleh menjejaskan pembesaran pokok padi.
     
  3. Dapat menjauhi serangan penyakit berbahaya yang dibawa melalui benih.
     
  4. Meningkatkan hasil dengan mengunakan benih tulin daripada varieti yang terpilih.
     
  5. Meningkatkan produktiviti dan penjimatkan kos operasi di peringkat ladang dengan pengunaan benih bermutu.
     
  6. Dapat memperolehi kelebihan hasil seperti beras yang bermutu.

Kawalan kualiti pembiakan benih padi diladang:-
 
Terdapat beberapa varieti padi yang ditawarkan bagi tujuan pengeluaran benih padi sah.Benih padi terpilih ini baik dari segi prestasi pertumbuhan dan penghasilannya.Ia merupakan benih padi yang dibangunkan oleh MARDI dan telah diisytihar oleh kerajaan untuk tujuan penanaman.Pada masa ini terdapat beberapa varieti yang ditawarkan iaitu MR211, MR219, MR220 dan MR232. Ciri-ciri utama varieti yang ditawarkan untuk penanaman :-
 

Varieti

Ciri-ciri penting
MR211   * Potensi hasil 9.6 tan/ha 
* Sederhana rintang terhadap penyakit hawar daun bakteria, penyakit merah virus dan bena perang.
* Rintang terhadap penyakit karah
MR219 * Potensi hasil 10.73 tan/ha 
* Sederhana rintang terhadap penyakit hawar daun bakteria, penyakit merah virus, bena perang dan karah.
* Rintang terhadap penyakit hawar seludang.
MR220 * Potensi hasil 9.64 tan/ha 
* Sederhana rintang terhadap penyakit merah virus, bena perang dan hawar seludang.
* Rintang terhadap penyakit hawar hawar daun bakteria.
MR232 * Potensi hasil 9.6 tan/ha 
* Sederhana rintang terhadap penyakit hawar daun bakteria, penyakit merah virus, bena perang dan karah.
* Rintang kepada penyakit hawar seludang

 

 

 

Muka Surat 1 | 2 

Info Terkini

IADA Pulau Pinang akan membangunkan infrastruktur jelapang padi yang baru di daerah Seb.Perai Tengah iaitu kawasan M5 dan M6 pada tahun 2015.

 

 

 

Jumlah Pelawat
221
268
1220
1207
2575
3834
367145
Hakcipta Terpelihara © 2015 Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai Dipapar Menggunakan IE Versi 9.0, Mozilla Firefox Versi 3.0, Google Chrome Versi 9.0 & Ke Atas Dengan Resolusi  & 1024X768

Kemaskini Terakhir : Jumaat, 7 Ogos 2020
Ezyweb Content Management System 

FacebookRSS Feed
Jalan Jelawat, Seberang Jaya,
13700 Perai, Pulau Pinang.
Tel : 04-3907801
Fax no : 04-3907803