KPA adalah satu institusi yang mewakili kepentingan petani bagi meningkatkan sosio ekonomi petani.
Kerjasama yang baik serta komitmen di kalangan petani kepada pengurusan KPA dapat merealisasikan KPA sebagai institusi yang cemerlang dalam menjadikan semua jelapang padi negara sebagai ‘Jelapang Bestari’.
Pendedahan tatacara berorganisasi dan konsep pensyarikatan akan membuatkan KPA dapat bergerak secara entiti perniagaan dalam memajukan industry padi.
Objektif utama program KPA ialah :
- Menjadikan KPA sebagai landasan dalam memajukan industri tanaman padi.
- Melahirkan pemimpin tani yang berwibawa dan berdedikasi dalam memajukan industri tanaman padi.
- Memajukan institusi KPA sebagai badan pengurusan air yang bergerak sebagai satu entiti yang berdaya maju.
- Melaksanakan pembangunan social dan kebajikan ahli petani setempat.