Unit Kewangan Dan Logistik
OBJEKTIF
- Memastikan urusan harian Kewangan dan Logistik berjalan lancer.
- Memastikan urusan-urusan pembayaran kepada pembekal diselesaikan denagn secepat mungkin.
- Memastikan semua urusan jadual pergerakan pemandu dan penyelenggaraan kenderaan berjalan dengan lancar.
- Memastikan urusan pembayaran emolumen dan tuntutan diselesaikan secepat mungkin.
OBJEKTIF KHUSUS
- Menyemak dan memastikan semua Seksyen/Unit mempunyai peruntukan yang mencukupi dan betul bagi tujuan perancangan belanjawan dan perbelanjaan sebenar.
- Memastikan semua urusan pembayaran bagi emolumen dan bekalan serta aset adalah diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan.
- Memastikan semua aktiviti kewangan yang dilaksanakan adalah mengikut peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh Perbendaharaan dan Akauntan Negara serta pekeliling-pekeliling yang sedang berkuatkuasa.
FUNGSI
- Bertanggungjawab mengurus semua jenis perbelanjaan mengurus dan pembangunan berdasarkan kepada Arahan Perbendaharaan Akauntan Negara Malaysia Kementerian.
- Bertanggungjawab terhadap semua urusan jadual pergerakan pemandu dan penyelenggaraan kenderaan serta dokumen yang terlibat.
- Bertanggungjawab mengurus emolumen dan tuntutan pegawai dan kakitangan.