Header
 
  • Selamat Datang Ke Laman Web IADA Pulau Pinang - PENERAJU PENGELUARAN PADI PULAU PINANG
 

projek khas

 

FUNGSI SEKSYEN PROJEK KHAS

  1. Merancang, melaksana dan menyelia program pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran pertanian dalam bidang keberhasilan ekonomi utama Negara (NKEA) 
  2. Menyiasat,  merekabentuk dan membina sistem pengairan dan saliran pertanian dalam bidang keberhasilan ekonomi utama Negara (NKEA)
  3. Menaiktaraf infrastruktur jalan ladang, lintasan dan jambatan bagi kemudahan mekanisasi ladang serta pengangkutan untuk membawa input dan output pertanian dalam bidang keberhasilan ekonomi utama Negara (NKEA) 
  4. Memberi khidmat nasihat serta ulasan teknikal terhadap perkhidmatan perunding untuk pembangunan kawasan padi dalam bidang keberhasilan ekonomi utama Negara (NKEA) 
  5. Merancang dan melaksana program pemodenan infrastruktur sistem pengairan dan saliran pertanian seperti otomasi peralatan termasuk sistem SCADA serta program inovasi dan teknologi terkini seperti teknologi hijau, penjimatan tenaga dalam bidang keberhasilan ekonomi utama Negara (NKEA).
  6. Melaksana kerja-kerja pengurusan kontrak dan sebutharga. Melaksanakan sistem pengurusan berkualiti MS ISO 9001:2008 iaitu Pengurusan Kontrak Pembinaan 
  7. Mengurus dan melaksana kerja-kerja untuk projek-projek pembangunan daripada agensi-agensi lain di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani. 
  8. Mengurus pembangunan serta penyelenggaraan bangunan pejabat, kuaters serta premis-premis IADA yang lain serta juga bagi agensi-agensi lain di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani apabila dikehendaki. 
Info Terkini

IADA Pulau Pinang akan membangunkan infrastruktur jelapang padi yang baru di daerah Seb.Perai Tengah iaitu kawasan M5 dan M6 pada tahun 2015.

 

 

 

Jumlah Pelawat
194
268
1193
1207
2548
3834
367118
Hakcipta Terpelihara © 2015 Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai Dipapar Menggunakan IE Versi 9.0, Mozilla Firefox Versi 3.0, Google Chrome Versi 9.0 & Ke Atas Dengan Resolusi  & 1024X768

Kemaskini Terakhir : Jumaat, 7 Ogos 2020
Ezyweb Content Management System 

FacebookRSS Feed
Jalan Jelawat, Seberang Jaya,
13700 Perai, Pulau Pinang.
Tel : 04-3907801
Fax no : 04-3907803