Header
 
  • Selamat Datang Ke Laman Web IADA Pulau Pinang - PENERAJU PENGELUARAN PADI PULAU PINANG
 

Saliran Dan Pengairan

 

JALAN LADANG

Jalan ladang merupakan sistem perhubungan asas yang sangat penting di kawasan sawah padi. Ianya adalah jalan keluar masuk utama yang menghubungkan kawasan sawah dengan dunia luar. Jalan ladang dibina bagi memudahkan pengunaan jentera-jentera seperti lori untuk tujuan pengangkutan benih atau hasil padi, jentera penuai untuk penuaian hasil dan kereta/motor bagi memudahkan petani pergi/balik ke sawah bagi mengerjakan sawah. Maka jalan-jalan ladang sediada yang sempit perlulah dilebarkan dan jalan-jalan yang rosak atau tidak sempurna perlulah dinaiktaraf. Perkara ini adalah penting kerana ianya adalah asas kepada permindahan teknologi dan pemodenan kawasan jelapang padi supaya mampu untuk menjadi sebuah industri yang berdaya saing. Sesetengah jalan ladang bukan sahaja digunakan untuk kegunaan pertanian bahkan digunakan juga sebagai laluan harian serta tujuan komersial. Keseluruhan panjang jalan ladang yang terdapat di kawasan jelapang padi IADA ialah 756,829m.Kebanyakan jalan ladang yang terdapat di skim pengairan IADA adalah dengan kelebaran 4m.






Muka Surat 1 | 2 | 3

Info Terkini

IADA Pulau Pinang akan membangunkan infrastruktur jelapang padi yang baru di daerah Seb.Perai Tengah iaitu kawasan M5 dan M6 pada tahun 2015.

 

 

 

Jumlah Pelawat
58
171
368
1256
5100
5308
457320
Hakcipta Terpelihara © 2015 Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai Dipapar Menggunakan IE Versi 9.0, Mozilla Firefox Versi 3.0, Google Chrome Versi 9.0 & Ke Atas Dengan Resolusi  & 1024X768

Kemaskini Terakhir : Rabu, 7 Julai 2021
Ezyweb Content Management System 

FacebookRSS Feed
Jalan Jelawat, Seberang Jaya,
13700 Perai, Pulau Pinang.
Tel : 04-3907801
Fax no : 04-3907803