KEJURUTERAAN (Pembangunan)
Program Pembangunan Infrastruktur merupakan program untuk meningkatkan taraf sistem pengairan dan saliran yang sediaada di kawasan pengairan. Sebelum pembinaan sistem pengairan projek ini dimulakan, kawasan jelapang padi di Pulau Pinang hanya mempunyai infrastruktur hingga ke peringkat sekundar sahaja. Kawasan sawah mendapat bekalan air dari parit-parit buang yang digunakan untuk saliran dengan empangan atau pun di pam.

Kawasan jelapang padi yang terletak di dalam kawasan IADA Pulau Pinang sebahagian besarnya kini telah dilengkapkan dengan kemudahan infrastruktur pengairan dan saliran serta jalan ladang sehingga ke peringkat taliar tersier. Struktur-struktur kawalan telah dibina bagi mengawal pembekalan dan pembuangan air dan penjadualan telah dilaksanakan bagi memastikan air digunakan secara optima. Rumah Pam di Bumbung Lima yang dibina dalam tahun 1957 dan 1967 telah diganti baru dan kerja-kerja pembinaan telah siap dalam bulam Mei 1998. Struktur-struktur kawalan disepanjang Taliair Utama Sungai Muda telah dipertingkatkan taraf dengan membina struktur tambahan disebelahnya. Kesemua infrastruktur yang diperlukan hingga keperingkat tersier telah siap dibina bagi Skim Sungai Muda, Sungai Kulim, Sungai Acheh dan Barat Daya. Kini IADA masih menjayajalan di Skim Pengairan tersebut. Bagi kawasan-kawasan yang telah siap pembangunan infrastruktur dan menjayajalan (Commissioning), kekerapan tanaman (Cropping Intensity ) telah meningkat di semua daerah. Ini bermakna semua kawasan padi diskim-skim berkenaan telah ditanam dua kali setahun dan tiada tanah sawah yang terbiar. Pada keseluruhannya 90% dari kawasan sekim pergairan dapat menanam padi mengikut jadual yang ditetapkan. Hasil padi didapati telah meningkat selepas perlaksanaan projek. Dengan itu pendapatan golongan sasar ( petani ) telah dapat dipertingkatkan
Sistem Pengairan
Projek Pengairan Seberang Perai meliputi kawasan seluas 9,601 hektar. Terdiri daripada empat skim dan blok-blok yang lebih kecil bagi memudahkan kerja-kerja rekabentuk, pembinaan dan pengurusan air iaitu:-
- Seberang Perai Utara
Skim Sungai Muda - Blok M1A, M1B, M2, M3A, M3B, M4A, M4B, M5A, M5B, M5C, M5D, M6.
Skim Pinang Tunggal - Blok P1A & P2.
-
Seberang Perai Tengah
Skim Sungai Kulim - Blok K1B, K2B, K3 dan K4.
Skim Sungai Jarak - Blok Pokok Tampang dan Padang Menora
-
Seberang Perai Selatan
Skim Sungai Acheh - 1 blok
-
Daerah Barat Daya Balik Pulau.
Skim Sungai Burung - 1 blok
Parit utama , parit sekunder dan parit tersier disediakan untuk membuang air takungan dalam bendang dan air lebihan supaya tidak berlaku kerosakan tanaman serta penurunan hasil pendapatan padi akibat bendang yang di genangi air. Ia juga bertujuan untuk menebus tanah paya kepada kawasan tanaman padi dan menurunkan paras air dalam tanah bagi mendapatkan kekukuhan tapak untuk kegunaan jentera ladang. Sesetengah sungai sediada juga digunakan sebagai sistem saliran utama dan sekunder. Kebanyakan Taliair Utama dan sekundernya terdiri dari taliair tanah berbentuk trapezoidal.Terdapat beberapa tempat yang mengalami hakisan serta di penuhi rumput rampai. Keseluruhan panjang Taliair diseluruh Skim Pengairan ialah 341,637m.
- Memastikan air yang diperlukan cukup untuk menampung keseluruhan kawasan pengairan dan saliran.
- Memastikan sistem pengairan dan saliran berfungsi dengan lebih sempurna.
- Sistem perhubungan yang lebih sistematik.
- Membantu dalam meningkatkan hasil tanaman.
- Penggunaan air yang lebih terkawal.
- Mempercepatkan pembuangan air lebihan ke sungai.