Header
 
  • Selamat Datang Ke Laman Web IADA Pulau Pinang - PENERAJU PENGELUARAN PADI PULAU PINANG
 

Khidmat Sokongan Teknikal

 

MENAIKTARAF JALAN LADANG

Jalan ladang merupakan sistem perhubungan asas yang sangat penting di kawasan sawah padi. Ianya adalah jalan keluar masuk utama yang menghubungkan kawasan sawah dengan dunia luar. Jalan ladang dibina bagi memudahkan pengunaan jentera-jentera seperti lori untuk tujuan pengangkutan benih atau hasil padi, jentera penuai untuk penuaian hasil dan kereta/motor bagi memudahkan petani pergi/balik ke sawah bagi mengerjakan sawah. Maka jalan-jalan ladang sediada yang sempit perlulah dilebarkan dan jalan-jalan yang rosak atau tidak sempurna perlulah dinaiktaraf. Perkara ini adalah penting kerana ianya adalah  asas kepada permindahan teknologi dan pemodenan kawasan jelapang padi supaya mampu untuk menjadi sebuah industri yang berdaya saing. Sesetengah jalan ladang bukan sahaja digunakan untuk kegunaan pertanian bahkan digunakan juga sebagai laluan harian serta tujuan komersial. Keseluruhan panjang jalan ladang yang terdapat di kawasan jelapang padi IADA ialah 756,829m.Kebanyakan jalan ladang yang terdapat di skim pengairan IADA adalah dengan kelebaran 4m.

 

KUMPULAN PENGGUNA AIR (KPA)

Pada dasarnya, KPA didefinasikan sebagai kumpulan peladang yang dikelompokkan berasaskan satu unit kawasan pengairan yang boleh berfungsi secara tersendiri (independent). Kumpulan ini mempunyai kepentingan yang sama dari segi punca air, jadual pengairan dan lain-lain input pertanian. KPA yang ditubuhkan dapat menentukan segala keperluan pertanian diselaraskan secara berkesan. Peranan KPA di peringkat kawasan ial ahuntuk menyelaraskan segala aktiviti pengurusan air termasuk penyenggaraan sistem pengairan dalam kawasannya demi untuk mencapai pengagihan air pengairan yang saksama.pengembangan pengairan dan pusat maklumbalas segala masalah kawasan kepada petugas pengembangan.

KPA diperingkat kawasan juga akan dapat mengambil tindakan yang segera ke atas setiap masalah pengairan yang dihadapi. Peranan Ketua KPA ialah untuk menyelaras semua ahli-ahli petani dibawah jagaan kawasannya akan diberi jadual pengairan dan jadual tanaman yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Ketua KPA juga bertanggungjawab untuk menyelaras dengan Ketua KPA lain berkaitan segala keperluan bersama saperti pengurusan pengagihan tenaga kerja dan jentera supaya jadual tanaman dapat diikuti. Tanggungjawab lain adalah sebagai wakil dan jurucakap ahli-ahlinya di mesyuarat peringkat atasan. KPA boleh digunakan sebagai landasan untuk menyelaraskan sebarang perkhidmatan yang berkaitan dengan pengeluaran padi. Berikut adalah jumlah Kelompok KPA yang terdapat di seluruh kawasan Pengairan Seberang Perai:-
 

Kawasan Skim Jumlah KPA
Seb.Perai Utara Sg.Muda dan Pinang Tunggal 53
Seb.Perai Tenggah Sg.Kulim 12
Seb.Perai selatan Sg.Acheh 7
Barat Daya Sg.Burung 5

 

 

Muka Surat 1 | 2 

Info Terkini

IADA Pulau Pinang akan membangunkan infrastruktur jelapang padi yang baru di daerah Seb.Perai Tengah iaitu kawasan M5 dan M6 pada tahun 2015.

 

 

 

Jumlah Pelawat
91
146
1296
1049
3846
5142
450758
Hakcipta Terpelihara © 2015 Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang.
Penterjemahan Google digunakan untuk bahasa selain daripada English dan Melayu.
Sesuai Dipapar Menggunakan IE Versi 9.0, Mozilla Firefox Versi 3.0, Google Chrome Versi 9.0 & Ke Atas Dengan Resolusi  & 1024X768

Kemaskini Terakhir : Rabu, 7 Julai 2021
Ezyweb Content Management System 

FacebookRSS Feed
Jalan Jelawat, Seberang Jaya,
13700 Perai, Pulau Pinang.
Tel : 04-3907801
Fax no : 04-3907803